Thursday, 8 November 2012

Ana Dahlia kesal kahwin terburu-buru



Berita mengenai keretakan rumah tangga, Chef Riz dan Ana Dahlia bukanlah khabar angin lagi. Baik Riz mahupun Ana, kedua-duanya akur dengan masalah yang sedang menimpa perkahwinan mereka.

Enggan mengulas lanjut mengenai punca keretakan, Ana bagaimanapun mengakui kesal terburu-buru membuat keputusan mengahwini anak Chef Wan itu.

"Perkenalan kami terlalu singkat. Hanya tiga bulan dan terus berkahwin. Ketika itu saya tidak berfikir panjang kerana mengenangkan keluarganya cukup baik dengan saya.

Mengulas mengenai reaksi bapa mentuanya, Ana atau nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar, 29, berkata, dia bersyukur kerana Chef Wan memahami situasi yang sedang dihadapinya.

"Dalam keadaan sekarang, Papa (Chef Wan) sentiasa berada di belakang saya. Dia juga sering menasihati saya dan hubungan kami sangat rapat.

"Malah saya juga mendapat sokongan penuh daripada keluarga sendiri," kata Ana ketika menghadiri majlis sidang media pelancaran drama terbaru Slot Akasia, Cinta itu Milikku, di Sri Pentas, petang kelmarin.


Berlaku curang?

Aktres yang terkenal dengan rambut hitam mengurai ini turut mengulas mengenai dakwaan dia berlaku curang dan sedang menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya.

Menafikan perkara itu sekeras-kerasnya, Ana berkata, Riz lebih tahu perkara sebenar yang menimpa rumah tangga mereka.

"Saya yakin sudah melakukan yang terbaik sebagai isterinya. Saya mohon masyarakat jangan menilai saya dari berita yang tidak benar itu. Ia hanya mengeruhkan lagi keadaan.

"Apa pun saya berharap masalah kami dapat diselesaikan secara baik," kata Ana yang turut bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam rumah tangganya.

Menyentuh mengenai laporan bahawa dia dan Riz sudah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Ana lebih senang membiarkan media terus berteka-teki.

"Saya percaya pihak media akan dapat tahu perkara sebenar nanti. Jadi tidak perlulah saya memberi jawapan," ujar Ana.

Ana dan Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, telah bernikah pada 11 Disember 2011.


Jadi perempuan jahat

Lupakan seketika masalah peribadinya, wanita kelahiran Taiping, Perak ini, masih laris dalam lakonan. Biarpun ramai bakat baru yang muncul, namun Ana masih menjadi pilihan pengarah dan penerbit tempatan.

Terkenal dengan watak yang lembut dan sopan, Ana bagaimanapun beralih angin dengan membawa watak antagonis yang sangat mencabar menerusi drama Cinta Itu Milikku, yang bakal bersiaran di slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 petang, bermula 12
November ini di TV3.

"Ini kali kedua saya bawa watak jahat. Menerusi 3 Janji sebelum ini, tidaklah terlalu ketara. Namun kali ini, saya kena jadi jahat sepenuhnya.

"Pada mulanya, saya risau juga akan dikritik nanti. Tetapi saya harus memberi kelainan dalam lakonan. Saya harap peminat dapat terima, " katanya yang membawa watak sebagai Dian dalam drama itu.

Selain Ana, drama itu turut dibintangi Fazreen Rafi dan Emma Maembong.

Emma Maembong Terima Teguran Kerana Imej Selekeh



Pelakon Emma Maembong mengakui pernah ditegur oleh beberapa pihak apabila dia dikatakan tampil berimej selekeh dan penampilannya tidak menarik sebagai seorang artis.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 20, berkata, dia menyedari perkara itu yang pada dasarnya berpunca daripada cara dia dibesarkan oleh bapanya, Ismail Maembong iaitu seorang pelukis terkenal negara.

"Saya akui kurang bijak berfesyen kerana mungkin saya dibesarkan tanpa pengaruh seorang wanita dalam hidup saya selepas ibu bapa bercerai.

"Bapa banyak mempengaruhi siapa diri saya sekarang kerana beliau sendiri seorang yang cukup 'simple' dan sejujurnya saya senang dengan gaya yang ringkas dalam berfesyen," ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran drama Cinta Itu Milikku di sini baru-baru ini.

Cinta Itu Milikku terbitan Orangetree Production itu akan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3 bermula 12 November ini.


Selain Emma, drama bersiri 24 episod itu turut menampilkan Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Ery Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah.

Dalam pada itu, Emma berkata, dia berjanji akan mengubah penampilannya supaya tampak lebih baik demi menjaga statusnya sebagai seorang pelakon.

Namun kata Emma, dia tidak akan melakukan perubahan drastik kerana lebih senang dengan imej sebenarnya.

"Saya akui kepentingan berfesyen apabila bergelar artis dan akan melakukan perubahan secara perlahan-lahan supaya sesuai dengan status saya sebagai pelakon," katanya.

Sementara itu, Emma memberitahu dia tidak mahu lagi diberi tumpuan kerana kisah peribadi sebaliknya ingin masyarakat melihat bakat lakonan yang ada padanya.

Masih banyak perkara yang perlu diberikan tumpuan memandangkan baru lima bulan dia terlibat dalam industri lakonan yang sebenarnya masih lagi baru.

"Rasanya sudah cukup saya mengulas mengenai kontroversi yang melanda diri saya sebelum ini dan sudah tiba masanya tumpuan diberikan kepada kerjaya saya pula.

Peluru tentera Assad tak meletup!



Satu peluru besar yang di gugurkan oleh pesawat Assad jatuh dalam sebuah rumah di sebuah bandar di Aleppo. Rumah tersebut dihuni oleh 25 orang terdiri dari wanita dan kanak-kanak. Alhamdulillah bom sepanjang dua meter dengan kandungan 600 kg bahan letupan tersebut tidak meletup. Tidak dapat di bayangkan betapa kemusnahan yang dibawa oleh BOM sebesar ini, yang pastinya ia mampu meranapkan bangunan.

Permohonan Nusyuz Batal, Aidil Zafuan Terpaksa Tanggung Kos



PETALING JAYA: Hasrat Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) tidak menjadi selepas mahkamah rendah syariah di sini pada Rabu menerima permohonan Rita bagi membatalkan permohonan tersebut.

Malah lebih malang lagi Aidil yang juga pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu selaku plaintif diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat selepas meneliti kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.

"Selepas meneliti permohonan plaintif (Aidil) yang difailkan pada 15 Mei lalu, didapati pihaknya meletakkan alamat yang tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).

"Jadi, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan," katanya pada prosiding yang diadakan pada Rabu.

Saharuddin, turut memaklumkan, peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari telah menarik diri daripada mewakili plaintif yang dibuat pada 30 Oktober lalu.

Sementara itu Rita, 35, yang berbaju hitam dengan tudung biru hadir ditemani Mohd Ihsan Mohd Daud mewakili peguam syarienya Datuk Mohd Zaidi Zain yang terpaksa menghadiri perbicaraan lain di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Kelantan.

Rita yang ditemui di luar mahkamah bersyukur apabila bantahan awal yang difailkannya diluluskan mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.



"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil).

"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini (membawa kes ke mahkamah), maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang.

"Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," ujarnya.

Aidil pada Rabu tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peringatan semasa sebutan kes pada 3 Oktober lepas.

Aidil telah meninggalkan rumah kelaminnya di Sunway Damansara di sini kira-kira lima bulan lalu untuk tinggal berasingan di kediaman yang disediakan oleh pihak ATM di USJ Subang Jaya, di sini.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.

Gaji Safiq Rahim RM50,000!



Mungkin ramai tahu Safiq Rahim sekarang dah masuk Johor FC dengan gaji RM50,000!

Mengikut gambar yang disertakan, beliau siap dapat advance 6 bulan gaji iaitu berjumlah RM300,000!

Norsharul Idlan Talaha dari pasukan Kelantan pula ditawarkan gaji RM80,000 sebulan jika beliau beraksi untuk Johor musim depan. 

Sememangnya menjadi pemain bola professional pun boleh jadi kaya.  

Sunday, 4 November 2012

Misteri Gendang Gergasi Di Pagar Surau



Selepas setahun dikejutkan dengan penemuan sebuah beduk lama milik sebuah masjid di Johor, ahli jemaah sebuah surau di sini sekali lagi dikejutkan dengan penemuan hampir serupa apabila sebuah gendang lama didapati ditinggalkan di pintu pagar surau tersebut sejak beberapa hari lalu. Kejadian itu disedari oleh ahli jemaah surau Asy-Syakirin, Bandar Perdana, Seksyen 8 di sini ketika mereka mahu mengerjakan solat Subuh.

Penemuan gendang tersebut yang mempunyai lambang rasmi sebuah negeri bertarikh 1 Januari 1989 mencetuskan misteri tersendiri apabila kulit gendang tersebut turut dikoyakkan. Seorang penduduk, Azhar Ismail, 44, berkata, dia terkejut melihat gendang besar itu ditinggalkan di pintu pagar surau semasa mahu menunaikan solat subuh.

“Siapa sahaja pasti terkejut apabila tiba-tiba melihat benda seperti ini pada awal pagi. Apabila diperiksa rupa-rupanya gendang lama,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Juliana Evans nafi cinta dengan mat salih



DI sebalik Taufan Sandy yang melanda di New York awal minggu lalu, pelakon Juliana Evans yang turut melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Amerika Syarikat, tidak terlepas daripada kontroversi apabila dirinya dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang jejaka dikenali sebagai Nate Miller.

Khabar angin itu bertebaran berikutan penyebaran tiga keping gambar Juliana yang dilihat mesra bercuti bersama lelaki itu baru-baru ini di beberapa portal hiburan tempatan.

Juliana yang menyedari mengenai gosip terbaru melanda dirinya itu lantas memuat naik kenyataan di laman Twitternya awal pagi tadi dengan menegaskan, “Teman lelaki? Saya tak punya masa untuk itu!"

"Saya seronok dengan kehidupan 'single'!” katanya.

Juliana yang popular dengan drama bersiri Kami dan filem seperti Hantu Bonceng, turut menyatakan keutamaannya sekarang adalah untuk fokus pengajian apabila ditanya seorang peminatnya di laman sosial tersebut.

Juliana turut mengecam sesetengah media di Malaysia yang tidak merujuk dengannya mengenai maklumat itu.

“Media di Malaysia, boleh tak tanya kepada saya dulu sebelum membuat apa-apa andaian? Tiada seorang pun yang bertanyakan saya?" katanya.

Pelakon kacukan Inggeris-Melayu ini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di University of Michigan selama dua tahun sejak awal tahun ini.

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Evans sebelum ini hangat digosipkan dengan pelawak terkenal, Zizan Razak.

Bagaimanapun mereka telah menafikan perkara itu, sebaliknya mengatakan hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik.

Juliana sebelum ini pernah bercinta dengan vokalis kumpulan Bunkface, Sam, yang juga abang kepada pelakon Siti Saleha.

Kambing Yang Berharga RM640 Ribu



Slam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha. Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya.

Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang.

“Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini.

“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam.

Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan.

“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya. “Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.

Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu.
Bagaimanapun, belum ada sesiapa mahu membelinya.

Menurutnya: “Tawaran paling tinggi yang saya terima ialah 2.5 juta rupi (RM150,000) tetapi saya menolak.

“Kambing ini tidak ternilai. Saya hanya ingin menjualnya dengan harga yang saya tawarkan. Dan jika berjaya menjualnya, saya akan mendermakan 50 peratus wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim tempatan.” kata Islam.

Maut terhempas dari tingkat 6



KUALA LUMPUR - Seorang wanita Sarawak yang baru tiba di sini untuk mengubati penyakit misteri yang didakwa berpunca daripada rasukan makhluk halus mati selepas tiga jam dia ditemui dalam keadaan parah akibat terjatuh dari tingkat enam Apartmen Ixora, Jalan Tun Razak, Pudu di sini kelmarin.

Wong Wei Sing, 54, disahkan mati ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang selepas mengalami kecederaan parah dengan kedua-dua belah kakinya patah manakala pahanya cedera akibat terjatuh tiga jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian itu disedari suami mangsa yang terdengar bunyi hentaman kuat di kawasan apartmen tersebut.

Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa terjatuh dari tingkap bilik kedua yang tidak mempunyai jeriji besi dengan menonggengkan kepalanya ke bawah sebelum terhempas di atas bumbung tingkat satu bangunan itu.

"Pasangan itu baru tiba di sini dari Sarawak untuk mendapatkan rawatan mengenai gangguan makhluk halus yang didakwa meresapi wanita itu.

"Soal siasat mendapati suami mangsa mendakwa isterinya sering mengalami gangguan itu dan kerap diserang histeria sejak beberapa minggu lalu," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mati dikelar dalam teksi


KUALA LUMPUR – Seorang pekerja syarikat penyelenggaraan Alam Flora terkejut apabila menemui mayat seorang pemandu teksi dalam keadaan lehernya dikelar dan tangan kirinya mempunyai kesan terbakar di tempat duduk kenderaan tersebut di Jalan Tun H. S. Lee di sini kelmarin.

Mayat S. Nallan, 26, ditemui pada pukul 12.44 tengah malam oleh pekerja tersebut selepas pelik melihat teksi itu berasap sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, ketika ditemui, polis mendapati mulut mangsa disumbat dengan kain manakala bajunya turut dibakar penjenayah hingga menyebabkan terkena tangan kirinya.

Katanya, siasatan lanjut menemui kesan kelar di leher, tikaman di dada dan belakang badan mangsa.
“Polis tidak menemui senjata dan dokumen pengenalan diri mangsa. Pemeriksaan mendapati dompet dan telefon bimbit miliknya tiada bersamanya.

“Teksi yang dipandu mangsa didaftarkan di sebuah syarikat di Ampang dan ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu yang direbahkan,” katanya yang memberitahu api dipadamkan oleh bomba beberapa minit kemudian.

Tambahnya, polis akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup dari premis berdekatan dengan tempat kejadian untuk mengesan suspek.

Menurut Zainuddin, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Spekulasi Guardiola bakal urus kelab England makin panas



MADRID - Bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola dilaporkan bersedia kembali mengendalikan mana-mana kelab England selewat-lewatnya Februari depan.

Difahamkan, Guardiola menyuarakan hasrat tersebut bersama rakan-rakan rapat beliau baru-baru ini.
Seandainya ia menjadi kenyataan, beberapa pengurus kelab England pastinya 'tidak senang duduk' dengan hasrat terkini Guardiola itu.

Sebelum ini, Guardiola membuat keputusan berehat seketika daripada mengendalikan mana-mana pasukan apabila gagal membantu Barcelona mempertahankan trofi Liga Sepanyol musim lalu di tangan Real Madrid.
Jika Guardiola menarik semula keputusannya sebelum ini, dia dijangka menjadi calon utama menggantikan Roberto Mancini selaku pengurus Manchester City.

Pengendali Chelsea, Roberto Di Matteo juga tidak terkecuali gara-gara pemilik kelab, Roman Abramovich dilaporkan telah lama memburu khidmat Guardiola.

Masa depan Arsene Wenger selaku pengurus Arsenal juga menimbulkan tanda tanya jika kelab itu mahu mendapatkan khidmat Guardiola musim depan.

"Guardiola pasti kembali sebagai jurulatih musim depan dan dia mahu masa depannya diputuskan selewat-lewatnya sebelum Februari depan," kata sumber terdekat dengan Guardiola semalam.

Sumber itu memberitahu, Guardiola pastinya mahu menjadi sebahagian daripada perancangan mana-mana kelab yang bakal mendapatkan khidmatnya selepas ini. - Agensi

Chelsea buat gimik puji pengadil walaupun seri



SWANSEA - Pengurus Chelsea, Roberto di Matteo memuji pengadil perlawanan, Kevin Friend ketika pasukannya seri 1-1 dengan Swansea dalam aksi Liga Perdana England kelmarin.

Katanya, tidak seperti pengadil yang mengadili perlawanan menentang Manchester United sebelum ini, Friend berjaya mengawal permainan dengan baik tanpa wujud sebarang kontroversi.

Di Matteo merujuk kepada kegagalan pengadil, Mark Clattenburg yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemainnya ketika menentang United tempoh hari.

"Pegawai pertandingan kali ini cukup baik. Kevin Friend bijak mengawal permainan dengan kedua-dua pasukan tenang bermain.

"Dia tidak langsung menganggu rentak permainan malah saya sendiri ucapkan tahniah kepadanya selepas perlawanan kerana berjaya menjalankan tanggungjawab dengan lancar," kata pengendali dari Itali itu.
Bagaimanapun keputusan seri itu menyebabkan Chelsea kehilangan takhta sebagai pendahulu apabila dirampas United yang menang 2-1 ke atas Arsenal, kelmarin.

Chelsea sepatutnya boleh menang hasil jaringan Victor Moses tetapi Swansea menyamakan kedudukan pada minit ke-88 menerusi Pablo Hernandez untuk mengecewakan juara kelab Eropah itu.

Mereka kini ketinggalan satu mata di belakang United. Di Matteo bagaimanapun enggan mengaitkan kegagalan pasukannya dengan kehilangan tumpuan kesan daripada kontroversi membabitkan Clattenburg.
"Saya tidak fikir sampai ke situ pula. Ini kerana ia merupakan keputusan seri kedua kami di tempat lawan. Selebihnya kami menang," tegasnya. - AFP

United perlu lebih bernafsu



MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menuntut barisan pemainnya agar lebih 'bernafsu' dalam misi memburu gol ketika mengharungi setiap perlawanan Liga Perdana England musim ini.
Ferguson berkata, ia penting bagi mengelakkan kekecewaan dialami skuad The Red Devils musim lalu berulang.

Musim lalu, Ferguson terpaksa akur apabila hak mereka untuk bergelar juara liga dinafikan pencabar terdekat, Manchester City apabila United ketinggalan menerusi perbezaan satu gol.

Situasi itu telah menyaksikan Ferguson membawa masuk penyerang Belanda, Robin van Persie dan perancang Jepun, Shinji Kagawa bagi mempertajamkan jentera serangan skuad kendaliannya musim ini.
Setakat ini, anak-anak buah Ferguson telah berjaya meledak 38 gol selepas mengharungi 15 perlawanan dalam semua saingan.

Bagaimanapun, pengurus kelahiran Scotland itu kecewa dengan persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya ketika menewaskan Arsenal 2-1 di Old Trafford kelmarin.

Ferguson berkata, barisan pemainnya telah mensia-siakan banyak peluang bagi menjaringkan gol biarpun mendominasi hampir keseluruhan perlawanan.

Saya kecewa dengan persembahan para pemain kerana gagal menjaringkan lebih banyak gol biarpun beraksi di tempat sendiri.

"Saya ada bercakap dengan para pemain pada awal saingan musim ini. Kami (United) gagal bergelar juara liga kerana dibezakan menerusi jumlah gol dan saya tidak mahu ia berulang lagi musim ini.
"Mujur, kami berjaya meledak gol kedua pada pertemuan dengan Arsenal kali ini. Ini kerana, Arsenal berjaya menjaringkan satu gol ketika dalam masa kecederaan," kata Ferguson sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Pada aksi kelmarin, van Persie yang merupakan bekas kapten Arsenal membuka tirai jaringan buat United seawal minit ketiga sebelum tonggak pertahanan, Patrice Evra meledak gol kedua pada ke-67.
Gol tunggal Arsenal dijaringkan oleh Santi Cazorla pada masa kecederaan. - AFP

Tekad Guiza iaitu pemain baru Johor



“SAYA bertekad mahu muncul penjaring terbanyak dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).”

Demikian azam pemain import baharu Johor, Daniel Gonzales Guiza, 32, yang meletakkan sasaran untuk memburu Kasut Emas dalam saingan liga tempatan musim depan.

Guiza yang merupakan bekas pemain kelab La Liga Sepanyol, Getafe CF berkata, dia mahu memastikan Johor turut merangkul kejuaraan sama ada Piala Liga, Piala FA mahupun Piala Malaysia.

“Saya yakin kehadiran saya akan dirasai lawan dan saya akan cuba memahami rentak bola sepak di negara ini kerana secara jujurnya, saya tidak tahu langsung mengenai bola sepak Malaysia dan hanya mengetahui perkembangan saingan Liga M menerusi internet sebaik mendapat tawaran dari Johor,” katanya yang pernah muncul pemenang Kasut Emas ketika bersama Real Mallorca dalam saingan Liga Sepanyol pada musim 2008.

Ekoran kejayaan tersebut, dia kemudiannya diserapkan ke dalam skuad antarabangsa Sepanyol hingga menyaksikan pasukan La Roja muncul sebagai juara pada Euro 2008.

“Matlamat utama saya selain mahu muncul sebagai penjaring terbanyak, saya juga bertekad untuk menghasilkan jaringan dalam setiap perlawanan.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya sudah bebas daripada sebarang kecederaan dan sudah bersedia untuk beraksi di depan penyokong setia Johor yang mahu melihat pasukan ini meraih kejuaraan,” ujarnya pada sidang akhbar khas pengumumannya menyertai skuad Johor di Johor Bahru semalam.

Hadir sama ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, Guiza turut memberitahu bahawa beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Getafe CF kerana kurang persefahaman dengan pengurus kelab itu.

Sebelum ini katanya, dia turut dilamar oleh dua pasukan La Liga, Malaga dan Real Zaragoza, namun dia kurang berminat.

Mengulas lanjut, Guiza berkata, dirinya tidak sabar untuk beraksi dengan beberapa pemain handalan Johor yang lain seperti Mohd. Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abd. Radzak, Azmi Muslim dan Safiq Rahim.

Sementara itu, Tunku Ismail berkata, beliau berbangga apabila Johor berjaya mendapatkan khidmat Guiza walaupun pemain antarabangsa itu sudah mendapat tawaran daripada kelab La Liga lain namun tetap memilih skuad Harimau Selatan sebagai pasukan baharunya secara pinjaman daripada Getafe CF.

“Kita bertuah memiliki pemain berstatus bintang dan saya ingin tekankan di sini Johor bukan mengambil pemain berkualiti untuk jangka masa pendek.

“Sebaliknya sudah ada perancangan bagi memastikan pasukan ini sentiasa kuat dan terus hebat dalam jangka masa panjang selain memantapkan program akademi bola sepak,” kata Tunku Ismail.

Produk ayam syarikat terkenal diuji di makmal


GEORGE TOWN – Operasi sebuah syarikat pengeluaran produk makanan sejuk beku dan ayam segar terkenal di negara ini mungkin dihentikan jika ujian makmal oleh Kementerian Kesihatan terhadap produk daging ayam keluaran syarikat terbabit didapati mengandungi antibiotik yang diharamkan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai dakwaan terdapat antibiotik yang dikenali sebagai Chloramphenicol pada produk ayam syarikat itu dan kini sedang menunggu keputusan ujian yang dilakukan oleh Bahagian Makanan kementerian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal dibuat dan telah dihantar ke makmal apabila penemuan antibiotik itu dalam daging ayam dikesan oleh pihak veterinari di Sarawak baru-baru ini.

“Hanya stok yang dikenal pasti itu telah ditarik balik daripada pasaran sebagai langkah keselamatan. Saya tengah tunggu laporan makmal yang dijangka siap dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan kepastian sebelum keputusan lanjut dibuat.

“Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh termasuk mengesan bagaimana bakteria itu boleh terkandung di dalam produk daging ayam tersebut,” katanya pada satu sidang akhbar ketika mengadakan lawatan rasmi ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini semalam.

Chloramphenicol merupakan sejenis antibiotik yang berfungsi untuk menghalang pertumbuhan bakteria selain digunakan untuk merawat pelbagai jangkitan mata pada manusia.

Kewujudan antibiotik tersebut pada ayam bagaimanapun dikatakan boleh memberi kesan sampingan kepada orang ramai yang memakannya seperti muntah, cirit-birit dan sakit kepala.

Beliau mengulas langkah kerajaan negeri Sarawak pada Khamis lalu yang mengeluarkan larangan import produk berkenaan berkuat kuasa serta-merta selepas satu ujian menemui antibiotik Chloramphenicol.
Sementara itu, di Kuching, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim memberitahu, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menarik balik produk makanan sejuk beku dan ayam segar keluaran sebuah syarikat terbabit di pasaran jika dakwaan penggunaan antibiotik berkenaan disahkan.

Menurutnya, ketika ini pihaknya belum lagi menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan atau Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung dakwaan itu.

“Jika benar dakwaan itu, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pembekal ayam segar sejuk beku dan produk ayam tersebut,” katanya di sini semalam.

Ukiran unik di Lapangan Terbang Wellington




WELLINGTON - Satu ukiran unik yang menunjukkan Gollum iaitu watak fiksyen dalam filem The Lord of the Rings dipamerkan di Lapangan Terbang Wellington di sini sejak 31 Oktober lalu.

Ukiran sepanjang 13 meter itu dihasilkan oleh artis seni Jepun, Masayuki Ohashi dengan menggunakan polistirena, gergaji rantai dan teknologi robot.

Gollum merupakan watak yang diperkenalkan dalam novel fantasi The Hobbit karya J.R.R. Tolkien.

Filem Lord of the Rings diarahkan oleh pengarah filem dari New Zealand, Peter Jackson.

Tujuan ukiran itu dipamerkan adalah bagi meraikan tayangan perdana filem The Hobbit: An Unexpected Journey arahan Jackson pada 28 November depan. - Agensi

Bayi lahir dari mayat ibu

 Berita Tergempar! Bayi lahir dari mayat ibu.

 Perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur itu telah melahirkan bayinya yang timbul diatas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa...

Menurut sumber, bencana banjir besar yang berlaku di Bangladesh yang telah menenggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh banjir dan terkubur didalam tompokan lumpur.



Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian suatu keajaiban terjadi dimana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur itu telah melahirkan bayinya yang timbul diatas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa.


Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada didalam rahim ibunya yang sudah mati didalam lumpur. Berikut merupakan gambar-gambar tersebut ketika dijumpai.

iFone Mexico menang saman ke atas iPhone



MEXICO CITY: Firma telekomunikasi Mexico yang menggunakan nama iFone diisytiharkan menang dalam saman jenama hak dagangannya terhadap iPhone dengan firma gergasi Amerika Syarikat (AS), iPhone berdepan dengan pembayaran ganti rugi yang besar.

Firma Mexico itu dalam kenyataannya semalam berkata, mahkamah menafikan usaha Apple untuk melindungi jenama iPone dalam pertikaian yang bermula pada 2009 apabila iFone menyaman syarikat berpangkalan di California itu kerana menggunakan sama yang seakan-akan sama mengakibatkan kekeliruan.
Apple memperkenalkan iPhone ke dalam pasaran Mexico pada 2007, empat tahun selepas syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan sistem itu mendaftarkan nama iFone.

“Ini kali ketika Apple kalah dan ini menjelaskan kebenaran undang-undang: iFone mempunyai hak sepenuhnya untuk mengguna dan melindungi jenamanya," kata kenyataan itu.

Peguam yang mewakili iFone, Eduardo Gallart, dipetik oleh akhbar Milenio Sabtu lalu sebagai berkata, bahawa Apple perlu membayar sejumlah ganti rugi kepada firma Mexico itu kerana menggunakan nama iPhone.

Jumlah ganti rugi itu bagaimanapun belum diputuskan mahkamah. - AFP

100 UFO dilihat di Jammu Kashmir


Srinagar: Tentera India dan Pasukan Polis Sempadan India-Tibet (ITBP) mendakwa mereka melihat sekurang-sekurangnya 100 Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) di ruang udara Jammu dan Kashmir antara 1 Ogos dan 15 Oktober tahun ini.

Objek bercahaya Akhbar India Today, menyatakan ITBP sudah memaklumkan butiran terperinci UFO yang dilihat dalam satu laporan kepada ibu pejabatnya di New Delhi dan kepada Pejabat Perdana Menteri.
Laporan menyatakan ‘objek bercahaya tidak dikenali’ dilihat di ruang udara wilayah itu dan menolak kemungkinan cahaya pengangkutan udara, pesawat tanpa pemandu atau satelit yang sedang mengorbit bumi pada paras rendah.

“Objek bercahaya yang dilihat, bukan pesawat tanpa pemandu, kapal terbang atau satelit yang mengorbit bumi,” kata India Today memetik kenyataan seorang pegawai tentera yang sedang menjalankan kajian ke atas gambar kabur diambil pasukan ITBP.

Pasukan tentera yang merekodkan penemuan UFO dan pesawat tanpa pemandu secara berasingan, sudah melakukan beberapa usaha untuk mengenal pasti objek berkenaan.

Lakukan kajian
Laporan mengenai kehadiran UFO pernah dibuat di wilayah Ladakh sebelum ini. Bagaimanapun kehadiran objek tidak dikenali yang semakin kerap, mendorong pihak tentera menjalankan kajian terperinci mengenainya.

Pasukan itu cuba mengenal pasti objek itu September lalu, menggunakan radar dari darat dan penganalisis spektrum, tetapi gagal, berikutan kedua-dua peranti gagal mengesannya. - Agensi

Lelaki Yang Hadir Ke Majlis Pengebumian Dirinya Sendiri



Satu perhimpunan keluarga meratapi kematian saudara telah terkejut beruk apabila si mati dalam majlis pengkebumian itu tiba-tiba muncul dan berjalan kearah mereka. Dalam kes yang pelik, kerana kesilapan identiti, berita pembunuhan Gilberto Araujo di tempat mencuci kereta, telah disampaikan kepada keluarga oleh polis tempatan di Sao Paulo, Brazil. Tidak lama selepas itu, seluruh keluarga ‘si mati’ telah dipanggil ke bilik mayat untuk membuat sesi kenal pasti mayat. ‘Si mati telah dikenali sebagai Gilberto Araujo, dan dia dibawa pulang untuk disemadikan.



Rupa-rupanya mayat itu bukanlah Gilberto Araujo. Abang Gilberto Araujo, Jose Marcos Araujo begitu tertipu oleh kesamaan mereka. Si mati dikenali sebagai Genivaldo Santos Gama, yang nampaknya memiliki rupa dan fizikal yang agak menyerupai adiknya.

Katak berjari tiga spesies baharu



BRASILIA - Sejenis katak unik berjari tiga yang hidup di sebuah hutan simpan di selatan Brazil diiktiraf sebagai spesies baharu pada minggu ini, lebih lima tahun selepas amfibia itu ditemui oleh seorang ahli biologi, Michel Garey.

"Saya sedang melakukan kajian bersama dua orang rakan di puncak sebuah bukit di hutan itu dan ternampak seekor katak ganjil berjari tiga," kata Garey.

"Penemuan tersebut berlaku pada 14 Februari yang juga hari jadi saya, ia hadiah yang sungguh istimewa," tambahnya.

Namun, hanya pada Jun lalu barulah katak berwarna oren dengan panjang kurang daripada 1.5 sentimeter itu disahkan sebagai spesies baharu.

Dikenali dengan nama saintifik, brachycephalus tridactylus, penemuan Garey disiarkan dalam jurnal antarabangsa, Herpetologica.

Ditemui pada ketinggian lebih 900 meter, brachycephalus tridactylus unik kerana memiliki tiga jari berbanding katak biasa yang berjari empat.

Menurut Garey, perbezaan ketara itu disebabkan oleh proses evolusi dan bukannya kesan pencemaran alam sekitar.

Pakar-pakar sebelum ini menganggarkan terdapat sekitar 950 spesies amfibia hidup di seluruh Brazil dan lebih 6,700 lagi spesies berada di seluruh dunia. - Agensi

Nasihat Martinez buat Gareth Bale



LONDON - Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez menasihati pemain sayap Tottenham Hotspur, Gareth Bale supaya melupakan hasrat untuk beraksi di Sepanyol.

Martinez yang menganggap Bale sebagai salah seorang pemain sayap terbaik di dunia berkata, keputusan tersebut akan menjejaskan kariernya.

Bale menjadi tonggak utama yang membantu kebangkitan skuad kendalian Andre Villas- Boas dalam kempen Liga Perdana England musim ini.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata, Bale akan disisihkan sekiranya berhijrah ke Barcelona atau Real Madrid.

Bale akan menghadapi persaingan yang sengit bagi mendapat tempat dalam kesebelasan utama kedua-dua kelab gergasi Liga Sepanyol itu.

"Banyak pihak mencadangkan agar Bale menyertai kelab seperti Real dan Barcelona. Berdasarkan pada situasi sekarang, Bale berhak untuk mendapat tawaran tersebut.

"Lihat sahaja pada dua aksinya ketika membantu Wales menentang Scotland dan Croatia. Bale sentiasa menonjol berbanding 21 pemain lain. Jelas, dia merupakan seorang pemain yang hebat.
"Pada pendapat saya, sukar untuk meramalkan tahap keupayaan Bale sekiranya dia bersetuju beraksi di Sepanyol.

"Kadang-kadang sesetengah pemain akan mempertimbangkan tawaran lumayan daripada kelab gergasi tetapi sekiranya tidak diberikan peranan, ia tidak berguna.

"Ia sangat berbeza sekiranya dia diletakkan selaku pemain pilihan kelima atau keenam dan hanya sebilangan pemain yang sahaja kekal dalam skuad utama.

"Sukar untuk melakukan impak sekiranya terdapat tiga atau empat pemain bertaraf dunia dalam satu pasukan," ujar Martinez. - Agensi

Rodgers tagih sentuhan Steven Gerrard



LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers yakin Steven Gerrard akan melakar lebih banyak kejayaan bersama skuad The Reds.

Rodgers menyuarakan keyakinan tersebut menjelang aksi Liga Perdana England menentang Newcastle United di Stadium Anfield malam ini.

Pada perlawanan tersebut, Gerrard, 32, bakal membuat penampilan ke-600 bersama Liverpool, sekali gus dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sejarah kelab itu.

Begitupun, Gerrard yang pernah memenangi trofi Liga Juara-Juara pada tahun 2005, masih belum mampu menjulang gelaran Liga Perdana England bersama skuad The Reds.

Pemain tengah England itu menolak tawaran yang dikemukakan Chelsea pada 2005 dan 2006 dan kini, dia berazam untuk mengakhiri kariernya bersama Liverpool.

Rodgers berkata, beliau yakin kesetiaan Gerrard akan memainkan peranan yang sangat penting buat kelab Merseyside itu.

"Pada usia seperti Gerrard, kebanyakan pemain sudah mula memikirkan untuk menamatkan karier mereka.
"Bagaimanapun, sejak saya tiba di sini (Liverpool), dia begitu menakjubkan.

"Dia berusia 32 tahun, dilantik menjadi kapten England dan masih mampu beraksi dengan lincah. Saya berharap dia akan terus berusaha untuk meningkatkan corak permainannya.

"Pada pendapat saya, Gerrard berhak mendapat penghormatan kerana dia sudah banyak menikmati kejayaan bersama pasukan ini," kata Rodgers. - AFP

Van Persie tambah derita Arsenal



LONDON - Robin van Persie meledakkan satu gol untuk membantu Manchester United menewaskan Arsenal 2-1 pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford malam tadi.

Penyerang antarabangsa Belanda itu mengambil masa tiga minit untuk meletakkan United di depan sebelum Patrice Evra menambah gol kedua pada minit ke-67.

Gol sagu hati skuad The Gunners hadir menerusi pemain tengah, Santi Cazorla pada masa kecederaan.
Van Persie, 29, yang menentang Arsenal buat pertama kalinya sejak melengkapkan perpindahan bernilai £24 juta (RM118 juta) ke United, Ogos lalu tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang.

Dia menyumbat masuk gol pendahuluan United selepas pemain pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen gagal menghalang hantaran lintang Rafael.

Jaringan van Persie itu adalah yang ke-10 sepanjang 13 penampilan.

"Satu hari yang istimewa. Ini adalah satu perlawanan yang pantas," kata van Persie yang tidak meraikan kejayaannya menjaringkan gol itu.

"Saya bertanya kepada diri sendiri kenapa saya tidak meraikan kejayaan itu?

"Saya bermain selama lapan tahun bersama Arsenal dan ia adalah detik yang terindah. Saya perlu menghormati para penyokong, pengurus dan kelab."

United hampir menggandakan jaringan tetapi sepakan penalti penyerang England, Wayne Rooney gagal menewaskan penjaga gol Arsenal, Vito Mannone.

Kemenangan itu turut membolehkan skuad The Reds merampas kedudukan teratas liga daripada Chelsea selepas mengumpul 24 mata, sembilan mata di depan Arsenal yang menghuni tangga keenam.

Arsenal yang mencatat kekalahan ketiga daripada lima perlawanan terakhir terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah, Jack Wilshere diarah keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-69.

Wilshere yang membuat penampilan kedua selepas berehat panjang kerana mengalami kecederaan, dilayangkan kad merah setelah mengasari Evra. - Agensi

Saturday, 3 November 2012

Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2


Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.


Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi! 

Tidur Tanpa Bantal Baik Untuk Kesihatan


Tahukah anda tidur tanpa mengunakan bantal sebenarnya sangat baik untuk kesihatan?

Para pakar kesihatan dewasa ini sangat menggalakkan ibu bapa serta bayi untuk tidak memakai bantal ketika sedang tidur.

Berikut beberapa kebaikan tidur tanpa menggunakan bantal :



1. Mencegah sakit leher

Tidur dengan menggunakan bantal adalah fakto utama terjadinya sakit bahu dan leher.

Meskipun masih disarankan untuk pemanasan (stretching) dan menggunakan pemanas, cara terbaik untuk menghilangkan rasa sakit ini adalah dengan tidur tanpa bantal.

Namun, tidur tanpa bantal dapat menyebabkan masalah untuk orang yang sudah terbiasa menggunakannya.

Untuk mereka yang belum terbiasa tidur tanpa menggunakan bantal, dianjurkan secara berperingkat mengurangkan ketebalan bantal.



2. Mencegah kerutan di wajah dan membuat awet muda

Orang yang tidur tanpa bantal di kepalanya mempunyai peluang yang rendah untuk mengalamai kerutan di wajahnya.

Hal ini disebabkan mereka yang tidak menggunakan bantal tidak menekan wajah mereka di atas bantal yang dapat menyebabkan kerutan pada wajah.

Jadi, sekiranya anda menginginkan awet muda, tidurlah tanpa menggunakan bantal.



3. Baik untuk tulang belakang


Tidur tanpa bantal dianggap sebagai cara yang paling sihat kerana memberikan manfaat kepada tulang belakang.

Tidur dengan punggungnya memungkinkan tulang punggung untuk sepenuhnya berada pada curve semulajadi tubuh.

Ketika kita tidur dengan bantal tebal, lokasi tulang punggung akan berubah dan kita mungkin mengalami sakit punggung keesokan harinya.

Jadi, tidur tanpa bantal adalah penawar terbaik untuk sakit punggung.



4. Kualiti tidur

Tidur tanpa bantal akan membantu anda mendapatkan kualiti tidur yang baik kerana posisi tubuh anda berada pada tahap semulajadi dan normal.

Seperti halnya bayi yang baru lahir belum terbiasa menggunakan bantal.

Biasanya penjaganya yang memperkenalkan dan membiasakannya menggunakan bantal kecil seukuran kepala bayi.

Namun, bayi aktif bergerak dan malah merasa tidak selesa menggunakan bantal yang mengganjal kepalanya.

Sehingga membuat bantal tersingkir dengan sendirinya dari kepalanya dan akhirnya bayi lebih selesa tertidur tanpa bantal.

Bayi pun memiliki kualiti tidur lebih baik tanpa bantal (pada saat posisi flat/datar), kerana memang posisi tubuhnya berada pada tahap semulajadi/normal tanpa di letakkan sesuatu pada kepala/lehernya.

Jadi, apabila anda ingin tidur lebih berkualiti dan menormalkan bentuk/posisi tubuh anda, mula biasakan tidur tanpa bantal.

Farid Mahu Diana Danielle Jaga Batas



Aktor dan pengarah filem Farid Kamil tidak menetapkan sebarang syarat atau halangan kepada isterinya aktres Diana Danielle untuk terus berlakon selepas mendirikan rumah tangga pada Sabtu.

Sebaliknya, Farid, 31, berkata perkara yang ditekankan dalam melayari alam perkahwinan adalah Diana perlu pandai menjaga diri dan batas, menguruskan hal ehwal suami dengan baik dan meningkatkan pengetahuan agama.

“Saya tidak tetapkan sebarang syarat untuk dia berhenti berlakon. Apa yang lebih penting, dia perlu tahu menjaga diri sebagai isteri.

"Dia perlu menjaga hal ehwal saya sebagai suami dan meningkatkan pengetahuan dalam ilmu agama,” katanya yang sudah terfikir untuk menyunting Diana sejak tahun pertama mereka berkawan.

Farid berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pernikahan mereka di Hotel Flamingo by the Lake di sini, pagi Sabtu.

Pada 15 Oktober lalu, Farid mengumumkan berita pernikahan mereka pada majlis tayangan filem arahannya berjudul Pe3 di TGV Sunway Pyramid, di sini.

Sebelum itu, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu selepas tiga tahun bercinta.


Farid dan Diana merancang untuk berbulan madu dengan menunaikan umrah di Mekah pada bulan hadapan.
Pengarah filem itu berkata, kematangan dan sikap Diana yang berbeza dan ringkas membuatkan dia tertarik untuk memperisterikan wanita berdarah kacukan itu.

“Saya tertarik dengan kematangan dan sikap dia yang berbeza. Walaupun dia masih muda dan hanya berusia 18 tahun ketika kami mula-mula berkawan dulu, dia sungguh matang dan mahu belajar banyak perkara dalam kehidupan.

“Sepanjang berkawan, saya lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan hubungan kami sehingga pada hari ini akhirnya saya dapat duduk dan bergambar bersebelahan untuk khalayak,” ujarnya dalam nada bergurau.

Diana pula berkata, sikap tenang dan memahami yang dimiliki lelaki itu membuatkan dia selesa dan gembira untuk hidup bersama.

“Dia banyak mengajar saya untuk lebih bersabar dan menyokong aspek mental dan emosi saya dalam apa juga situasi,” katanya yang merancang untuk berbulan madu sambil menunaikan umrah di Mekah.

Mengenai ketiadaan bapa kandungnya Danny Beeson yang gagal dijejaki, Diana berkata, ia bukan perkara penting yang menjejaskan majlis berkenaan.


Kedua-dua mempelai bergambar kenangan bersama ibu Diana, Norsiah Ramli (kiri) dan ibu Farid, Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid.
“Ia bukan perkara penting. Dalam hidup ini apa juga kekurangan kita akan Allah tambahkan dalam bentuk lain.

“Jangan fikirkan apa yang kita tiada, fikirlah apa yang kita ada. Saya bersyukur kerana ibu dan ramai keluarga yang datang merestui hubungan saya dengan Farid.

“Bagi saya, itu yang lebih penting daripada apa yang saya tiada,” katanya yang belum terfikir mengenai soal anak dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, ibu Diana iaitu Norsiah Ramli berkata, dia belum bersedia memberikan sebarang komen mengenai pernikahan itu kerana masih bersedih kerana terpaksa melepaskan anak tunggalnya itu kepada Farid.

“Saya masih bersedih dan tersentuh kerana harus akur untuk melepaskan Diana yang merupakan satu-satunya anak saya ke tangan Farid.

“Saya berharap Farid akan menjaga Diana sebaik mungkin dan semoga Diana tidak akan melupakan saya selepas bergelar isteri dan ibu pada masa akan datang,” katanya.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dijangka berlangsung pada 30 November ini di lokasi yang akan diumumkan kelak.

Upacara sambut menantu bagi keluarga Farid pula akan diadakan pada 12 Disember depan di Darul Aman Park, Alor Setar, Kedah.

Upah geng culik awek


RAWANG: Seorang lelaki sanggup mengupah sekumpulan lelaki membelasah teman wanitanya hingga pengsan sebelum melarikan dan mengurung mangsa dalam sebuah rumah di Bandar Country Homes, Selasa lalu.

Selain itu, pasangan kembar mangsa berusia 18 tahun dan teman lelakinya yang berusia 19 tahun turut menjadi mangsa. Kembar mangsa turut pengsan manakala teman lelakinya sempat melarikan diri kira-kira 100 meter untuk meminta bantuan selepas dikejar dengan parang ketika mereka berada di taman permainan kawasan perumahan berkenaan.
Bagaimanapun, teman lelaki kembar mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahim datang semula ke tempat kejadian bersama bapa saudaranya kira-kira jam 9.30 malam namun hanya menemui teman wanitanya pengsan sementara mangsa sudah dilarikan.

Mangsa berjaya diselamatkan jam 12.30 tengah hari kelmarin selepas polis menyerbu kediaman kekasihnya itu di taman sama dan tujuh lelaki diberkas.


Kakak mangsa dikenali sebagai Amira berkata, pada petang hari kejadian, adiknya menghubungi memaklumkan pergaduhan antara dia dengan kekasihnya berusia 19 tahun.

Pencuri tidur dicekup tuan rumah


KEMAMAN – Seorang pencuri yang tertidur di atas sofa selepas menikmati sepinggan nasi di dalam sebuah banglo, dicekup oleh pemilik kediaman itu di Jalan Dato, Chukai di sini pagi Selasa lalu.

Lebih mengejutkan, pencuri berusia 35 tahun itu dipercayai membawa sendiri nasi, daging goreng, petai serta pinggan ketika memecah masuk rumah tiga tingkat itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, pemilik rumah, Kamsiah Wan Othman, 59, menyedari kelibat suspek ketika dia ingin mengemas bilik tidurnya sejurus menyediakan sarapan pagi dan solat Subuh.

Anak Kamsiah, Faisal Zainal Nordin, 30, berkata, sebelum keluar dari bilik tidur untuk berwuduk kira-kira pukul 6 pagi, ibunya ternampak tiga buah beg dan bungkusan di laluan keluar dari bilik tidurnya tetapi menyangka ia milik anak-anaknya.

“Setelah selesai menyediakan sarapan dan ingin masuk semula ke bilik, ibu melihat seorang lelaki sedang nyenyak tidur di atas sofa di tingkat dua. Dia kemudian bertanya kepada saya sama ada lelaki tersebut merupakan rakan saya.

“Saya yang terkejut dengan pertanyaan ibu bergegas untuk melihat lelaki itu. Saya kemudian mengejutkannya dan lelaki itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap selepas kami bergelut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Polis halang 500 ekor kucing dijadikan lauk


XUZHOU - Polis di bandar ini, dalam wilayah Jiangsu, di timur China menghalang sebuah lori yang membawa 500 ekor kucing untuk dijadikan hidangan eksotik di restoran-restoran tempatan, lapor akhbar Telegraph semalam.

Polis mengarahkan lori terlibat supaya berhenti apabila menyedari kenderaan tersebut memiliki nombor plat luar wilayah.

Mereka kemudian menyoal pemandu lori tentang haiwan yang dibawa selepas terdengar bunyi mengiau dari bawah plastik penutup kargo tersebut.

"Arnab," jawab pemandu tersebut.

Namun, kenderaan itu sebenarnya membawa beratus-ratus ekor kucing yang diletakkan di dalam puluhan sangkar besi.

Sejak beberapa tahun lalu, permintaan daging kucing di selatan China meningkat dengan bekalan haiwan itu diperoleh dari seluruh China.

Daging kucing akan dicampurkan bersama daging ular untuk dimasak sejenis hidangan tempatan istimewa yang digemari penduduk tempatan.

Undang-undang China tidak melarang rakyatnya menjual kucing kerana haiwan itu tidak dianggap sebagai harta benda milik keluarga.

Pencuri kucing biasanya memperoleh bayaran 10 yuan (RM4.90) untuk seekor kucing yang dijual kepada orang tengah.

Berikutan pemandu lori berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan, pihak polis membeli kargo tersebut pada harga 3,500 yuan (RM1,723) selepas berunding selama tiga jam dengan pemandu terlibat. - Agensi

Isteri peniaga balak mati ditembak di luar cafe


SIBU - Dalam satu kejadian yang dipercayai melibatkan pembunuh upahan, isteri seorang peniaga balak maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ketika pasangan itu, bersama sepasang lagi suami isteri, duduk di sebuah meja di kaki lima sebuah cafe di Jalan Pahlawan di sini tengah hari ini.

Law Leh Kuong, 44, yang ditembak di kepala pada jarak dekat, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira tiga jam selepas kejadian yang berlaku pada 12.10 tengah hari di luar 101 Cafe itu.

Selepas menambak mangsa, lelaki berkenaan, yang bersenjatakan senapang pam, melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira merah yang turut dinaiki tiga rakannya.

Suami Law, Lau Ngik Yin alias Ah Kang, 42, yang juga pengusaha pusat hiburan, cedera di leher dan belakang, manakala sepupunya, yang duduk bersama isterinya, cedera ringan.

Keempat-empat mereka duduk di sebuah meja di luar cafe berkenaan apabila penyerang tersebut tiba dengan sebuah kereta dan melepaskan tembakan ke arah mereka.

Bernama difahamkan polis sedang menyiasat kes itu yang berkemungkinan melibatkan kegiatan kongsi gelap dan judi haram.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani berkata Law meninggal dunia akibat kecederaan di kepala pada pukul 3.15 petang.

Kata beliau ketika mangsa menyertai Lau dan sepupu suaminya serta isterinya untuk makan tengah di tempat berkenaan, sebuah Proton Wira merah berhenti berhampiran mereka.

"Dua daripada empat lelaki turun dari kereta itu dan seorang daripadanya melepaskan tembakan ke arah mereka," katanya.- Bernama

‘Disorok’ makhluk halus



KUALA KANGSAR: Walaupun sudah ditemui dua hari lalu dalam belukar kira-kira dua kilometer dari rumahnya, namun kehilangan seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun masih menimbulkan tanda tanya penduduk kampung yang mengesyaki kemungkinan mangsa’`disorok’ makhluk halus.

Baharom Mohd Piah yang tidak lagi mampu berjalan dikatakan hilang dari rumahnya di Kampung Temung Hulu, di sini, sebelum ditemui penduduk kampung bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang melakukan operasi besar-besaran mencarinya.

Usaha menjejaki mangsa berhasil apabila lelaki warga emas itu ditemui dalam keadaan terbaring kesejukan dan terpinga-pinga di kawasan belukar tidak jauh dari rumah seorang penduduk kampung.

Anehnya, lokasi mangsa ditemui itu sudah beberapa kali digeledah petugas JPAM, namun kelibat mangsa tidak ditemui sebelum ini.


Anak mangsa, Mohd Shabli, 59, berkata bapanya ditemui terbaring di kawasan belukar dengan badan ditutupi daun dan ranting kayu.

Siswa kini boleh beli kereta


Kuantan: Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berpeluang membeli kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan.

Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan.

Katanya, tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013.

Tunjuk kad pelajar

Beliau berkata, pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.

“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.

“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Expoconvo 2012 Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, dekat sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz.

Perlindungan insurans kemalangan

Selain pembelian kereta, Aminar Rashid berkata, kumpulan pelajar itu juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di samping diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara.

Dalam pada itu, Aminar Rashid yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMP berkata, penganjuran program Expoconvo itu penting untuk mempromosikan pesta konvokesyen yang menjadi acara tahunan universiti berkenaan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More